PERLIS 2024 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Jawab soalan berikut berkaitan Rukun Negara.
20 marks- (a)
Jelaskan sejarah pembentukan Rukun Negara.
[4] - (b)
Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia. Terangkan prinsip tersebut.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini, agar perpaduan lebih utuh dan elakkan sengketa antara kaum. Kelima-lima prinsip Rukun Negara seharusnya dijunjung oleh rakyat Malaysia pada setiap masa. Semua rakyat telah didedahkan dengan lima prinsip Rukun Negara ketika di bangku sekolah sejak ia diperkenalkan pada tahun 1970, dengan menghafal dan menghayati setiap daripada prinsipnya. Pengamalan Rukun Negara dalam kehidupan seharian dilihat masih banyak kekurangannya dan kerana itulah banyak isu membabitkan perkauman dan keagamaan sering timbul, sehingga mewujudkan sengketa dalam kalangan pelbagai kaum. Malaysia memerlukan kekuatan dan komitmen seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah, selain tidak boleh menyisihkan atau memusuhi mana-mana kelompok serta kaum sama ada majoriti mahupun minoriti atas apa jua alasan. Sumber ubah suai: Astroawani.com, 11 April 2024 Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan huraikan kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara.
[8]