JOHOR SET 5 2024 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka untuk tempoh masa 10 tahun iaitu 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
20 marks- (a)
Apakah strategi Dasar Pembangunan Nasional?
[4] - (b)
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyusun semula masyarakat semasa pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
[8] - (c)
Perbelanjaan kerajaan melalui subsidi khususnya adalah diperlukan dan sangat penting bagi memperbaiki kebajikan masyarakat secara keseluruhannya. Dalam pembangunan sektor pertanian, peruntukan atau perbelanjaan kerajaan kepada sektor pertanian lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal infrastruktur seperti jalan raya, sistem pengairan dan tali air, subsidi input pengeluaran (seperti baja, racun dan benih) bagi tujuan peningkatan hasil padi. Di samping itu juga, program mekanisme turut diberi penekanan melalui pembangunan mesin, traktor dan mekanisme yang lain bagi memodenkan lagi pengeluaran tanaman ini. Sumber: bharian.com.my Wajarkah pemberian subsidi diteruskan oleh kerajaan? Nyatakan pendirian anda dan berikan alasannya.
[8]