JOHOR SET 3 2025 P2 Q4
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970 hingga 1990. Dasar ini bertujuan memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara kawasan dalam wilayah yang sama.
10 marks- (a)
Matlamat DEB dicapai dengan menggunakan strategi bersifat serampang dua mata. Apakah strategi tersebut?
[2] - (b)
Nyatakan 2 isu sosioekonomi yang berkaitan dengan strategi di 4(a) semasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan.
[2] - (c)
Apakah pendekatan yang dilaksanakan bagi menjayakan matlamat DEB?
[2] - (d)
Teliti petikan berikut: Banyak negara dunia bergelut dengan cabaran krisis kos sara hidup, ada negara melaksanakan sekatan terhadap perdagangan makanan dan produk pertanian yang boleh meningkatkan kekurangan bekalan dan meningkatkan harga komoditi tersebut di peringkat global. Keputusan India melarang eksport gandum menyebabkan harga bijirin melambung tinggi. Indonesia pula melarang eksport minyak sawitnya. Sumber: Kosmo, 22 Mei 2022 Berdasarkan petikan di atas, jelaskan cabaran yang dihadapi negara dan cara untuk menangani cabaran tersebut.
[4]