PAHANG 2021 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Petikan berikut merujuk kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) “DEB yang berlangsung dari 1970 hingga 1990 terbukti mencapai kejayaan dalam mencorakkan Malaysia dengan objektif membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat iaitu daripada kadar 50 peratus pada awal 70-an kepada kurang satu peratus ketika ini”. Sumber : Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
20 marks- (a)
Huraikan latar belakang pembentukan DEB di negara kita.
[4] - (b)
Bagaimanakah DEB meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar dan bandar?
[8] - (c)
Keratan akhbar berikut merujuk kepada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia masa kini. DEB masih relevan, akan diperkasa. KUALA LUMPUR: Dasar Ekonomi Baharu (DEB) akan terus diperkasa menerusi dasar lebih strategik yang bersesuaian dengan keperluan semasa, bagi memastikan ia kekal relevan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebagai kerajaan yang peduli rakyat, pengagihan ekonomi perlu dilakukan secara adil kepada rakyat mengikut keperluan masing-masing. “Dalam langkah kerajaan meneliti semula dasar utama negara, pembangunan sosio-ekonomi orang Melayu dan Bumiputera tetap menjadi agenda penting tanpa meminggir kaum lain di negara ini. Mohamed Azmin berkata, DEB memberi penekanan terhadap agenda serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi merapatkan jurang ekonomi. “Semangat DEB diteruskan menerusi dasar selepasnya iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan Model Ekonomi Baharu (MEB). “Ia selaras dengan usaha ke arah mencapai matlamat kesaksamaan sosio-ekonomi dan perpaduan negara. Sumber : Berita Harian.com.my, 1 November 2018 Berdasarkan keratan akhbar tersebut, apakah yang dapat anda jelaskan berkenaan dengan pelaksanaan DEB? Bagaimanakah keadaan negara sekiranya jurang ekonomi antara kaum masih tidak diatasi sehingga hari ini.
[8]