SPM Tuition
Subject

PAHANG 2025 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Pembangunan ekonomi diteruskan selepas pembentukan Malaysia demi kemakmuran negara.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan strategi Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [6]
    2. (b)

      Terangkan usaha kerajaan mengekalkan pembangunan ekonomi melalui pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Pembangunan negara melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermatlamat membasmi kemiskinan rakyat, di samping mewujudkan perpaduan nasional. Peruntukan kewangan disediakan untuk menghantar pelajar pintar terutama bumiputera ke luar negara, khususnya ke Australia dan Eropah. Kerajaan juga mengembangkan akses pengajian tinggi dengan menghantar pelajar ke Jepun dan Korea Selatan di bawah Dasar Pandang ke Timur. Pelan Pendidikan Tinggi Negara (PPTN) digubal untuk memastikan pelaksanaan sistem pendidikan tinggi berkualiti, bertaraf global serta mampu memenuhi kebolehpasaran pekerjaan dalam pelbagai bidang. Transformasi bidang pendidikan bukan sekadar menjana peluang pekerjaan bahkan membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Sumber diubah suai: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2024/07/1277630 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan peranan rakyat dalam pembangunan negara.

      [8]