SPM Tuition
Subject

PERAK 2023 P2 Q8

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Jawab semua bahagian soalan berikut tentang Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [4]
    2. (b)

      Huraikan langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

      [8]
    3. (c)

      Teliti maklumat berikut. Kebanyakan negara di dunia memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi meningkatkan produktiviti dan memastikan ekonomi negara dapat terus bersaing di peringkat antarabangsa. Namun, Malaysia berada pada fasa kebimbangan yang ketara berikutan kekurangan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan industri. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah institusi pendidikan berorientasikan kemahiran untuk meningkatkan jumlah modal insan berkemahiran tinggi dengan memberi penekanan terhadap amalan industri. Negara maju seperti Jerman, Korea Selatan dan Singapura menjadikan TVET sebagai tunjang kekuatan sistem pendidikan mereka. Di Jerman, lebih kurang 60 peratus pelajarnya belajar di sekolah vokasional. Di Malaysia, dua institusi TVET awam iaitu Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Dusun Tua dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada 1964 untuk memberi latihan kemahiran kepada belia. Selain itu, negara di seluruh dunia kini menerima kesan pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim. Bencana seperti banjir, tanah runtuh dan gempa bumi cukup memberi kesan dahsyat kepada manusia sehingga ramai pakar tidak dapat menjangka dengan tepat bila dan di mana bencana ini akan berlaku. Bagaimanapun, ada dalam kalangan graduan TVET yang kurang memiliki kemahiran hijau yang diperlukan oleh industri. Sumber: https://www.hmetro.com.my/rencana, 8 Februari 2022 Jelaskan cabaran yang dihadapi negara dan bagaimanakah cara untuk menangani cabaran tersebut?

      [8]