PULAU PINANG 2023 P2 Q8
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada 17 Jun 1991.
20 marks- (a)
Terangkan strategi pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara di negara kita.
[6] - (b)
Huraikan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam pelaksanaan DPN?
[6] - (c)
Teliti maklumat berikut. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan; DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Sumber ubah suai: https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/08DASAR_PEMBANGUNAN_NASIONAL.pdf Huraikan mesej yang terkandung dalam petikan tersebut dan cadangkan langkah memajukan Malaysia.
[8]