JOHOR SET 3 2022 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa.
20 marks- (a)
Apakah matlamat penggubalan dasar luar negara Malaysia?
[4] - (b)
Jelaskan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel.
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. KOTA KINABALU 11 Jan – Suara serta kekuatan negara-negara Komanwel yang memiliki 2.2 bilion penduduk, amat bergantung kepada perkongsian nilai-nilai serta kepelbagaian. Demikian ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melihat setiap ahli bagi negara terbabit mempunyai suara yang sama, tidak kira saiz atau kedudukan ekonomi. Malaysia komited untuk mempertahankan prinsip Piagam Komanwel yang antara lain merangkumi tadbir urus prinsip-prinsip demokrasi, mendukung prinsip undang-undang dan hak asasi manusia serta memastikan keamanan dan keselamatan. "Piagam itu turut merangkumi nilai-nilai toleransi dan hormat-menghormati, kebebasan memberi pendapat serta pengasingan kuasa. Komanwel ini adalah rumah kepada satu pertiga daripada penduduk dunia yang dalam banyak perkara, berkongsi bahasa dan undang-undang. "Keperluan untuk kekal bersatu, walaupun dalam kepelbagaian, membantu mengekalkan rasa keseimbangan dan keamanan serta mengelakkan kemusnahan," katanya. Sumber: https://www.utusan.com.my Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan di atas. Bagaimanakah pemimpin negara kita dapat terus mengekalkan hubungan baik dengan negara luar?
[8]