SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 1 2025 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Setelah mencapai kemerdekaan, dasar luar Malaysia mengalami cabaran dan perubahan signifikan apabila negara mula menunjukkan komitmen terhadap pertubuhan serantau dan antarabangsa yang dianggotainya.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.

      [4]
    2. (b)

      Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) [4 markah] (ii) Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) [4 markah]

      [8]
    3. (c)

      Baca petikan berikut. Malaysia dan China mempunyai hubungan erat sejak 1974, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Hubungan ini dijangka terus berkembang pada masa hadapan. Namun, isu Laut China Selatan khususnya Kepulauan Spartly menjadi cabaran utama kerana Malaysia dan China mempunyai tuntutan bertindih di kawasan tersebut. Tuntutan China membina struktur ketenteraan menimbulkan kebimbangan. Malaysia perlu kekal tegas mempertahankan sempadan negara dan hak maritim. Pada masa yang sama, hubungan baik dengan China perlu dikekalkan secara diplomatik dan bukan menggunakan peperangan. Kerjasama ASEAN dan undang - undang antarabangsa perlu diutamakan untuk mengelakkan tercetusnya konflik terbuka. Justeru, dasar luar Malaysia yang dinamik telah dilaksanakan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara serta bebas daripada campur tangan kuasa asing. Dasar luar Malaysia yang berbaik-baik dengan semua negara membolehkan Malaysia dihormati dan kenali oleh negara lain. sumber diubah suai : https://www. pmo.gov.my Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]