JOHOR SET 3 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Sejak tahun 1970-an, perubahan yang berlaku pada peringkat antarabangsa turut memberikan kesan kepada dasar luar negara kita.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran yang dihadapi Malaysia dalam mengukuhkan dasar luar.
[4] - (b)
Jelaskan peranan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa tersebut (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) [4 markah] (ii) Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) [4 markah]
[8] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Bercakap mengenai hubungan luar negara, lazimnya tumpuan lebih diberikan kepada jumlah konvensyen antarabangsa yang disertai sesebuah negara. Jelaslah apabila Malaysia antara negara yang tidak menyertai beberapa konvensyen antarabangsa, kita sering dicemuh dan dikatakan mundur. Sebenarnya dasar luar sesebuah negara adalah lebih daripada itu. Hakikatnya beberapa negara maju sendiri enggan menyertai beberapa konvensyen antarabangsa walaupun mereka sering kali mempromosi negara-negara lain bagi menyertainya. Seolah-olah terdapat dua standard yang digarap iaitu untuk negara kuasa besar dan negara kecil. Hakikat ini bagi memastikan negara-negara kecil terus dikongkong dan dikawal oleh kuasa besar. Sumber: Diubah suai dari www.bharian.com/rencana Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan dan apakah kepentingan sesebuah negara menyertai pertubuhan antarabangsa.
[8]