JOHOR SET 5 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan. Hal ini bagi mencorakkan dan menggubal dasar yang mampu memberikan faedah kepada kedaulatan negara.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran bagi mengukuhkan dasar luar.
[4] - (b)(i)
Terangkan peranan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
[4] - (b)(ii)
(ii) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
[4] - (c)
Teliti petikan berikut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian yang serius dalam aspek hubungan luar Malaysia terutama dalam menyelesaikan isu cabaran ketidaktentuan ekonomi dan politik global. Hubungan ekonomi dan perdagangan penting untuk mempelbagaikan sumber perdagangan dan pelaburan, seterusnya mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada satu-satu negara. Rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menghadapi cabaran luar mendatang dalam usaha mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara. (Sumber ubah suai: https://www.bharian.com.my) Pada pendapat anda, bagaimanakah hubungan Malaysia dengan negara luar dapat diperkukuh?
[8]