JOHOR SET 6 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar luar negara merupakan tindakan pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain.
20 marks- (a)
Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia?
[4] - (b)(i)
Malaysia memberikan perhatian yang serius dalam hubungannya dengan negara serantau. Huraikan peranan Malaysia dalam: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
[4] - (b)(ii)
(ii) Malaysia dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
[4] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut. Negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu mengutamakan perkongsian amalan terbaik dan menggalakkan kerjasama teguh dalam kalangan negara Islam untuk membangunkan ekosistem kewangan moden, cekap dan inklusif, yang berkesan menghentikan kaedah tradisi lapuk. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata usaha sedemikian penting dalam memperkukuh sistem pembayaran digital dan memastikannya memenuhi pelbagai keperluan masyarakat Islam global di samping berpegang kepada prinsip kewangan Islam. Menurutnya OIC berperanan sebagai organisasi antara kerajaan kedua terbesar di dunia, yang berpotensi luas dalam pembangunan. "Dengan sumber asli yang luas, modal insan yang pelbagai dan pasaran luas merangkumi empat benua, negara anggota OIC berpotensi dalam pertumbuhan ekonomi yang teguh," katanya pada majlis perasmian Sesi Ke-40 Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Komersial (COMCEC) di sini pada Isnin. Menurut Fahmi umat Islam kini membentuk kira-kira 25 peratus daripada populasi global, mewujudkan pasaran yang berpotensi menjadi kuasa ekonomi yang ketara. (Sumber: https://www.komunikasi.gov.my/en/public/news/26536-negara-anggota-oic-perlu-galak-kerjasama-dalam-ekosistem-kewangan-fahmi) Jelaskan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan berikan komen anda terhadap dasar luar Malaysia.
[8]