SPM Tuition
Subject

JOHOR SET 7 2025 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Dasar luar Malaysia memasuki fasa baharu sejak tahun 1970-an. Perubahan yang berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik pada peringkat antarabangsa turut memberi kesan kepada negara kita.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan cabaran politik dalam mengukuhkan dasar luar Malaysia.

      [4]
    2. (b)(i)

      Huraikan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut: (i) Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

      [4]
    3. (b)(ii)

      (ii) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

      [4]
    4. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut Seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, isu ini telah diberi keutamaan dalam agenda serantau. Malaysia telah mengambil langkah konkrit untuk membangkitkan perkara ini bersama negara-negara anggota ASEAN. Semasa Mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN pada Januari 2025 di Langkawi, para Menteri Luar telah mengulangi komitmen bersama untuk membanteras jenayah rentas negara, termasuk penyeludupan manusia, pemerdagangan orang, pengedaran dadah, jenayah siber, pengubahan wang haram dan ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat. Malaysia telah menekankan keperluan mendesak untuk tindakan tegas dalam menangani jenayah rentas sempadan yang semakin berleluasa. Para Menteri ASEAN telah bersetuju untuk mengkaji semula Pelan Tindakan ASEAN untuk membanteras Jenayah Rentas Sempadan (2016–2025), dengan tujuan memperkukuh kerjasama dan mekanisme penyelarasan serantau, serta memastikan dokumen pengganti yang sedang dibangunkan mampu menangani ancaman jenayah baharu dan yang sedang berkembang. Malaysia kekal komited sepenuhnya untuk bekerjasama rapat dengan rakan-rakan ASEAN dan semua pihak berkepentingan, termasuk masyarakat sivil, bagi memperkukuh langkah pencegahan, meningkatkan kerjasama serantau dan memastikan perlindungan untuk semua mangsa. Sumber : https://www.kln.gov.my/-/malaysia-tangani-sindiket-penipuan Jelaskan maklumat dalam petikan berikut dan kesan sekiranya tidak diatasi.

      [8]