SPM Tuition
Subject

KEDAH 2025 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia berpandangan keutuhan masa depan negara berkait rapat dengan kemantapan ekonomi dan keamanan negara-negara ASEAN.

    20 marks
    1. (a)

      Jelaskan peranan Malaysia dalam usaha mengekalkan keamanan rantau Asia Tenggara selepas tahun 1971.

      [6]
    2. (b)

      Terangkan pelibatan Malaysia dalam kerjasama ekonomi dengan negara anggota ASEAN.

      [6]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. KUALA LUMPUR : Malaysia dan China komited untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, perdagangan dan pelaburan, selain teknologi baharu seperti inisiatif kecerdasan buatan (AI), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malaysia dan China turut memeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang berpotensi kepada kedua-dua negara. Pengukuhan hubungan tersebut turut melibatkan pertukaran dokumen berkaitan perdagangan perkhidmatan, taman berkembar dan penstandardan. Taman berkembar itu berkaitan dengan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di China, yang telah menjadi model kerjasama rentas sempadan moden. Malaysia dan China turut dijangka akan memudahkan urusan sedia ada yang melibatkan komoditi seperti minyak sawit dan produk berkaitan durian. Sumber diubah suai : Bernama, 17 Jun 2024 Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan hubungan ekonomi yang baik dengan negara lain.

      [8]