MELAKA 2022 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Malaysia memberikan komitmen dan kerjasama yang penuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejajar dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa iaitu "hidup bersama secara aman".
20 marks- (a)
Jelaskan latar belakang PBB.
[3] - (b)
Bagaimanakah Malaysia memberi komitmen dan kerjasama terhadap PBB?
[9] - (c)
Baca maklumat dalam petikan berikut: Dalam soal keselamatan, Malaysia antara negara penyumbang terbesar dalam Misi Pengaman PBB, iaitu berada di tangga ke-26 daripada 119 negara. Buat masa ini, seramai 838 anggota pengaman PBB dari Malaysia terbabit dalam misi pengaman PBB di Lubnan, Sahara Barat, Sudan/Sudan Selatan dan Congo. Selain itu, Malaysia juga antara negara konsisten memperjuangkan pelucutan dan pengharaman senjata pemusnah besar-besaran, termasuk senjata nuklear. Dalam soal hak asasi manusia, Malaysia antara negara paling tegas menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memiliki negara merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara. Malaysia juga konsisten mengutuk sekeras-kerasnya perancangan terbaru Israel untuk mengilhakan sebahagian wilayah Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan. Malah, ketika menganggotai Majlis Keselamatan PBB sebagai Ahli Tidak Tetap bagi penggal 2015-2016, Malaysia antara negara peneraju bagi pembentangan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan yang menjadi satu-satunya resolusi penempatan haram Israel diluluskan Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 36 tahun. Sumber: Diambil dan diubahsuai https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/745612/malaysia-komited-sokong-pbb-perjuang-keamanan-dunia Apakah mesej yang disampaikan dalam petikan tersebut dan mengapakah Malaysia mengutamakan isu keselamatan dunia?
[8]