PERAK 2024 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dasar luar Malaysia.
20 marks- (a)
Jelaskan matlamat penggubalan dasar luar negara.
[4] - (b)
Terangkan pelibatan Malaysia dalam pertubuhan berikut dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat. (i) ASEAN [4 markah] (ii) OIC [4 markah]
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya. Perubahan yang berlaku dalam politik pada peringkat antarabangsa memberi kesan besar kepada Malaysia. Pada bulan Mei 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China. Pemimpin China telah menyokong cadangan Malaysia mewujudkan kawasan Aman Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. China juga memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara khususnya berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. Akhirnya wujud hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Langkah Tun Abdul Razak ini diikuti oleh negara-negara ASEAN yang lain. Dasar luar Tun Abdul Razak berjaya membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang bebas serta dapat memberi sumbangan kepada rantau Asia Tenggara. Perluasan pengaruh komunis di Indochina turut menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara. Berlaku kebanjiran pendatang asing Kampuchea di Asia Tenggara. Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, terdapat lebih 50 000 orang pelarian Kampuchea di Malaysia. Bagi memastikan mereka benar-benar mendapat perlindungan, Tun Hussein Onn menempatkan mereka di Pulau Bidong, Terengganu. Malaysia telah menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina. Sumber: Diubah suai dari buku Siri Tokoh-Tokoh Sejarah, 2004 Mengapakah pemimpin-pemimpin Malaysia tersebut komited dalam mendepani cabaran mengukuhkan dasar luar negara dan apakah iktibar yang boleh diperolehi?
[8]