PERAK 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Hubungan luar di negara bermula sejak zaman kerajaan Melayu lagi dan semakin jelas ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.
20 marks- (a)
Jelaskan hubungan luar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
[4] - (b)(i)
Malaysia terlibat dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dalam usaha mengekalkan keamanan dan kemajuan sejagat. Terangkan pelibatan Malaysia melalui pertubuhan berikut: (i) ASEAN
[4] - (b)(ii)
(ii) OIC
[4] - (c)
Teliti maklumat berikut. Matlamat dasar luar yang ingin dicapai oleh Malaysia ialah untuk mengekalkan kedaulatan negara. Namun begitu pelbagai cabaran terpaksa dihadapi Malaysia untuk mengukuhkan dasar luarnya. Perubahan yang berlaku dalam politik pada peringkat antarabangsa memberi kesan besar kepada Malaysia. Pada bulan Mei 1974, Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke China. Pemimpin China telah menyokong cadangan Malaysia mewujudkan kawasan Aman Bebas dan Berkecuali di Asia Tenggara. China juga memberi jaminan tidak akan mengganggu urusan dalam negara khususnya berhubung dengan kegiatan pengganas komunis. Akhirnya wujud hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. Perluasan pengaruh komunis di Indochina turut menyebabkan ketidakstabilan kepada rantau Asia Tenggara. Berlaku kebanjiran pendatang asing Kampuchea di Asia Tenggara. Pada era pentadbiran Tun Hussein Onn, terdapat lebih 50 000 orang pelarian Kampuchea di Malaysia. Bagi memastikan mereka benar-benar mendapat perlindungan, Tun Hussein Onn menempatkan mereka di Pulau Bidong, Terengganu. Malaysia telah menggerakkan usaha menyokong Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN di Bali, Indonesia bagi membincangkan pergolakan di Indochina. Sumber diubahsuai: Buku Siri Tokoh-Tokoh Sejarah, 2004 Mengapakah pemimpin Malaysia komited dalam mendepani cabaran bagi mengukuhkan dasar luar negara kita?
[8]