SABAH 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Dalam usaha meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan, maka Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 yang dianggap satu kejayaan cemerlang terhadap dasar luar Malaysia.
20 marks- (a)
Jelaskan sejarah penubuhan ASEAN.
[4] - (b)
Malaysia telah menunjukkan komitmen berterusan dalam membentuk kerjasama ekonomi dan sosial dengan ASEAN. Buktikan.
[8] - (c)
Baca petikan berikut. Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Tan Sri Johari Abdul berkata, rantau ini mesti kekal bebas daripada pengaruh kuasa besar luar, selain mengamalkan penyelesaian secara damai terhadap sebarang pertikaian dalaman. “Sudah tentu sebagai negara-negara ASEAN, kita mahu pertahankan kestabilan kerana kita berada dalam zon keamanan, kebebasan dan berkecuali. ASEAN perlu terus menjadi contoh kepada dunia dalam menyelesaikan konflik serantau secara kolektif tanpa campur tangan asing, berteraskan semangat saling menghormati dan kerjasama erat sesama anggota. Pendekatan ‘cara Asia’ yang berhemah dan berdisiplin terbukti berkesan dalam mengekalkan keharmonian serta mencerminkan kematangan ASEAN dalam mengurus perbezaan pendapat. ASEAN turut mengambil tanggungjawab moral untuk menyuarakan kebimbangan terhadap ketegangan global termasuk situasi di Ukraine dan Gaza. Di Gaza, kita menyeru agar gencatan senjata diteruskan dan bantuan kemanusiaan tidak disekat. Sumber diubah suai : Utusan Malaysia, 26 Mei 2025 Beri mesej anda kepada pemimpin negara agar keamanan dan keselamatan negara ASEAN sentiasa terjamin.
[8]