SBP 2025 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN membawa manfaat yang besar kepada negara.
20 marks- (a)
Jelaskan tujuan penubuhan ASEAN
[3] - (b)
Terangkan pelibatan Malaysia sebagai negara anggota ASEAN dalam perkara berikut: (i) Penyelesaian Konflik Serantau [3 markah] (ii) Kerjasama Ekonomi [3 markah] (iii) Kerjasama Sosial [3 markah]
[9] - (c)
Teliti petikan di bawah. "ISKANDAR PUTERI: Perkembangan ekonomi Malaysia bukan sahaja bergantung pada pasaran domestik tetapi juga pasaran antarabangsa. Kita sering berhadapan dengan sikap negara maju yang mengenakan pelbagai sekatan dan halangan perdagangan dalam bentuk tarif dan cukai. Malaysia bersuara agar diberikan layanan yang saksama kepada semua negara. Pandangan ini dibangkitkan dalam pelbagai forum antarabangsa termasuklah di PBB dan Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) iaitu Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik. Negara akan terus menjalin kerjasama ekonomi dengan negara-negara kuasa dunia walaupun negara berada dalam blok atau pakatan bertentangan. Jadi, walaupun berdepan tarif, kita perlu kekalkan kerjasama ekonomi kukuh dengan mereka. Bagaimanapun katanya, Malaysia juga akan kekal bersuara menentang kezaliman dunia khususnya melibatkan pergolakan antarabangsa. “Tiada sesiapa boleh tentukan kerjasama kita sama ada dengan Amerika Syarikat (AS), China atau Jepun, ini kerana kita merupakan negara perdagangan. Ia mengulangi komitmen politik negara-negara ASEAN untuk membina rantau yang aman, stabil, selamat, makmur, inklusif, berasaskan undang-undang serta berorientasi dan berpusatkan rakyat. Ia bukan sekadar dokumen masa hadapan, tetapi satu pengesahan bahawa ASEAN bersedia menghadapi cabaran jangka panjang seperti perubahan iklim dan gangguan digital, sambil mengekalkan prinsip kepimpinan kolektif dan semangat serantau." Sumber diubah suai daripada: https://www.utusan.com.my/terkini/2025/06/malaysia-terus-jalin-kerjasama-ekonomi-dengan-negara-kuasa-dunia/ Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kepentingan mewujudkan kerjasama ekonomi antara negara.
[8]