SPM Tuition
Subject

SMKA 2025 P2 Q9

Write your answer on paper. Then open the answer to check it.

  1. Malaysia memainkan peranan yang sangat berkesan dalam ASEAN kerana yakin bahawa keselamatan dan keutuhan masa depan negara berkait rapat dengan keamanan negara-negara serantau.

    22 marks
    1. (a)

      Huraikan usaha Malaysia dalam memastikan rantau ASEAN bebas senjata nuklear.

      [6]
    2. (b)

      Isu kebanjiran pelarian dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dilihat menimbulkan keresahan terutama isu ketenteraman dan keselamatan awam. Jelaskan langkah-langkah Malaysia dalam menangani isu tersebut.

      [8]
    3. (c)

      Baca maklumat dalam petikan berikut. Kegagalan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1963 sebagai sebuah persatuan serantau yang bertanggungjawab melindungi kepentingan negara anggota bukanlah penamat kepada mewujudkan kerjasama baharu yang lebih komprehensif dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara. Perubahan geo politik dalam kalangan pemimpin negara-negara serantau, kewujudan semangat masyarakat yang mementingkan kedamaian dan pada waktu yang sama mahukan penyatuan kerjasama dengan semangat serantau telah membuka jalan dan faktor kepada penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 yang dianggotai oleh negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Bagi mengukuhkan jalinan kerjasama ini, pada 8 Ogos 1967 termeterailah Deklarasi Bangkok yang menandakan penubuhan ASEAN secara rasmi. Antara tujuan utama penubuhan ASEAN adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan serantau, meningkatkan kerjasama kebudayaan serantau bagi mengukuhkan persahabatan serta mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau melalui keadilan dan undang-undang. Kerjasama, hormat-menghormati dan sikap toleransi dalam kalangan negara anggota ASEAN ini telah memungkinkan ASEAN terus berkembang maju dalam pelbagai bidang baik kerjasama dalam ekonomi, keselamatan, perdagangan, teknologi, keselamatan dan kebudayaan serantau. Malah kewujudan ASEAN juga telah memberi satu dimensi baharu dalam membentuk kestabilan politik dalam kalangan negara-negara luar Asia Tenggara. (Sumber: www.arkib.gov.my) Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut.

      [8]