TERENGGANU 2024 P2 Q9
Write your answer on paper. Then open the answer to check it.
Pelibatan Malaysia dalam negara serantau membolehkan negara kita menjadi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang memberikan manfaat dalam ekonomi, sosial dan politik.
20 marks- (a)
Jelaskan latar belakang penubuhan ASEAN.
[4] - (b)
Terangkan sumbangan Malaysia dalam ASEAN.
[8] - (c)
Baca dengan teliti petikan berikut: Dasar luar Malaysia dipengaruhi dan dibentuk oleh tiga faktor utama iaitu lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara, ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan dan demografi penduduk yang unik. Prinsip asas dasar luar Malaysia masih kekal sejak kemerdekaan walaupun pendekatan kepada pelaksanaan dasar luar berubah berdasarkan faktor domestik dan faktor luaran semasa. Penggubalan dasar luar sentiasa berpandukan kredibiliti, konsistensi dan kepaduan untuk memelihara kepentingan negara. Pada masa yang sama, pengukuhan aspek-aspek hubungan dua hala dan pelbagai hala antara Malaysia dan dunia sejagat akan terus menjadi fokus penting. Kesejahteraan negara adalah berasaskan hubungan mesra dan kukuh dengan negara-negara lain. Sumber diubah suai: https://www.pmo.gov.my/wp-content/uploads/2019/07/Dasar-Luar-Malaysia Huraikan maklumat yang terkandung dalam petikan tersebut dan kesannya terhadap negara serantau.
[8]