4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah: Dasar British
Dasar British
Penyerahan Sabah pada 15 Julai 1946 tidak mendapat tentangan rakyat.
MEMORISE
- Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai etnik. Sukar bagi pemimpin menghimpunkan mereka.
- Persatuan seperti PASPAS, Persatuan Kebangsaan Melayu di Sabah dan BARIP ditubuhkan.
- British khuatir pengaruh pemimpin persatuan. Mereka menawarkan jawatan atau memindahkan pemimpin ke tempat lain.
- British mengehadkan peluang penduduk dalam pentadbiran. Penduduk kurang pengalaman dalam sistem birokrasi Barat.
| Pemimpin | Tindakan British |
|---|---|
| H.M. Salleh (BARIP) | Ditawarkan bekerja dengan kerajaan. |
| Mandur Syarif (BARIP) | Pulang ke Indonesia. |
| Imam Suhaili Yaakub (BARIP) | Berpindah ke Pulau Labuan. |
| Tengku Noordin (PKML) | Dipindahkan ke Jesselton pada September 1946. |
| Apong Kerahu (PKML) | Ditukarkan dari Tawau ke Sandakan. |