5.1 Latar Belakang Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948: Gabungan PUTERA-AMCJA
Gabungan PUTERA-AMCJA
Golongan bukan Melayu menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Pengerusinya Tan Cheng Lock. Mereka menolak Jawatankuasa Kerja kerana tiada wakil bukan Melayu.
MEMORISE
| Pertubuhan AMCJA | Pemimpin |
|---|---|
| Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) | Chan Loo |
| Malayan Democratic Union (MDU) | John Eber |
| Malayan Indian Congress (MIC) | John Thivy (presiden) |
Mac 1947: cadangan PUTERA dan AMCJA digabungkan menjadi Perlembagaan Rakyat.
Julai 1947: PUTERA-AMCJA mengemukakan draf Perlembagaan Rakyat.
British menolak Perlembagaan Rakyat dan menerima Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
20 Oktober 1947: Hari Hartal Se-Malaya, disokong Dewan Perniagaan Cina.
MEMORISE
- Tanah Melayu disatukan dengan Singapura.
- Dewan Perundangan Pusat dan majlis negeri dipilih bagi seluruh Tanah Melayu.
- Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
- Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
- Kewarganegaraan Malaya dinamakan Melayu.
- Warna merah dan putih dimasukkan dalam bendera.
Hartal MEMORISE
Hartal ialah tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi oleh peniaga.