7.5 Penubuhan Parti Politik: Parti 1940-an
Parti 1940-an
MEMORISE
| Parti | Tarikh | Pemimpin | Perjuangan |
|---|---|---|---|
| PKMM | Oktober 1945 | Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam | Kesedaran politik orang Melayu. Melayu Raya. |
| PKMS | 1946 | Abang Haji Zaini, Abang Haji Openg, Datu Patinggi Abang Haji Abdillah | Menentang penyerahan Sarawak kepada British. |
| API | Februari 1946 | Ahmad Boestamam | "Merdeka dengan Darah". Menggembleng tenaga pemuda. |
| PPM | Mac 1946 | Mohamad Sirat Yaman, Awang Rambli, Rosli Dhoby, Morshidi Sidek | Menentang penjajahan British. Menuntut kemerdekaan Sarawak. |
| UMNO | Mei 1946 | Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman | Menentang Malayan Union. |
| PKML | Jun 1946 | Tengku Noordin, Zakaria Gunn | Sabah dimerdekakan daripada pentadbiran British. |
| MIC | Ogos 1946 | John Thivy, K.L. Devasar | Menjaga kepentingan orang India. |
| BARIP | Disember 1946 | Mandur Syarif, Imam Suhaili Yaakub, Pengiran Ahmad | Menyatukan anak negeri. Menuntut keadilan daripada British. |
| BPS | Jun 1947 | Abang Mohd. Kassim Taha, Ahmad Zaidi Adruce | Memperjuangkan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri. |
| MCA | Februari 1949 | Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, H.S. Lee | Memelihara kepentingan kaum Cina. Menentang komunis. |
Exam tip: BARIP ialah Barisan Pemuda (Jesselton dan Labuan). BPS ialah Barisan Pemuda Sarawak. Jangan campur aduk.