3.1 Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen: Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka
Pemerintahan beraja ialah tradisi yang menjadi teras kerajaan Melayu. Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat.
MEMORISE
- Raja ialah pemerintah yang berkuasa mutlak.
- Raja memegang semua kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
- Pemerintahan berdasarkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
- Konsep Islam memperkukuh kesultanan. Raja menjadi ketua agama Islam.
- Raja ialah sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama.
| Kesultanan selepas Melaka | Hubungan |
|---|---|
| Johor Riau, Pahang dan Perak | Meneruskan legasi Kesultanan Melayu Melaka secara langsung. |
| Terengganu dan Selangor | Kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau. |
| Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis | Diasaskan selepas berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka. |
| Kedah | Kerajaan terawal. Mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka. |