4.3 Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Pembangunan sosioekonomi
Pembangunan sosioekonomi
Kerajaan Persekutuan menubuhkan agensi untuk memberi bantuan kewangan dan kepakaran. Kerajaan Negeri menyediakan tanah, kerana tanah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
MEMORISE
| Tahun | Pembangunan |
|---|---|
| 1956 | Persekutuan menubuhkan **FELDA** (Federal Land Development Authority) untuk membuka tanah baharu. |
| 1966 | Persekutuan menubuhkan **FELCRA** untuk menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah negeri. |
| 1966 | Segitiga Jengka: Rancangan Pembangunan Wilayah pertama FELDA. Ilham Tun Abdul Razak Hussein. Tiga daerah: Temerloh, Jerantut dan Maran, Pahang. |
| Selepas 1970 | Pembangunan wilayah: KEDA, PERDA, KESEDAR, KETENGAH, DARA, KEJORA. |
| Selepas 2005 | Pembangunan Koridor Wilayah. |
MEMORISE
| Koridor Wilayah | Tahun | Wilayah |
|---|---|---|
| South Johor Economic Region (SJER) | 2006 | Selatan Johor |
| Northern Corridor Economic Region (NCER) | 2007 | Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak |
| East Coast Economic Region (ECER) | 2007 | Pahang, Terengganu, Kelantan, Daerah Mersing, Johor |
| Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) | 2008 | Wilayah Tengah Sarawak |
| Sabah Development Corridor (SDC) | 2008 | Seluruh Sabah |
Exam tip: Agensi di Sarawak: LKTS dan SALCRA. Agensi di Sabah: SLDB. Jangan campurkan dengan agensi di Semenanjung.