SPM Tuition
Subject

8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN): Penyusunan semula masyarakat

Penyusunan semula masyarakat

Langkah ini melalui pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Langkah ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153).

MEMORISE
  • Menambah tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan
  • Latihan pengurusan harta dan etika perniagaan
  • Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan bumiputera
  • Perhatian khusus kepada penyertaan bumiputera dalam IKS
  • Usaha sama bumiputera dengan bukan bumiputera
  • Didedahkan kepada teknologi terbaharu, kemudahan modal, maklumat pasaran
Understand, don’t memorise: Matlamat penyusunan semula ialah corak tenaga kerja di semua sektor mencerminkan komposisi pelbagai kaum dalam negara.
Exam tip: MPPB dilaksanakan selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.