9.6 Malaysia dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN): ZOPFAN dan konflik serantau
ZOPFAN dan konflik serantau
ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali) diumumkan pada tahun 1971 di Kuala Lumpur. Malaysia menjadi pengemuka.
- Malaysia menjadikan ASEAN platform untuk memperkenalkan perubahan dasar luar.
- Hubungan dengan China menjadi sebahagian pengisian ZOPFAN.
Penyelesaian konflik serantau: Malaysia mahu kuasa besar tidak campur tangan dalam isu Vietnam. Isu Kemboja selesai melalui pilihan raya pada tahun 1993. Malaysia menghantar pasukan pengaman di bawah UNTAC.